Nasi Padang

10 05 2012

Ini resepi yang jarang-jarang dijumpai iaitu nasi padang..ley cuba buat untuk merasai apa tuh nasi padang yer murid-murid..

 

Bahan-bahan:
300ml minyak sapi
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
5 helai daun salam
500gm daging lembu- dicincang halus
garam secukup rasa
1kg beras- dicuci,direndam dan toskan airnya
5 ulas buah pelaga
5 ulas bawang putih- di cincang halus
800ml air


Cara membuat:

  • Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang putih,daun salam dan buah pelaga.
  • Masukkan daging yang di cincang tadi dan serbuk kayu manis dan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan beras dan air, biarkan nasi masak dan sedia di hidangkan…




Laksa lemak

10 05 2012

 Ini adalah resepi kegemaran ayah cikgu..laksa lemak..senang jer nak buatnya..belajar yer murid-murid cikgu tersayang..

Bahan-bahan ( 4 org )

  • ayam ( stengah ekor)
  • santan ,laksa yg halus
  • kunyit hidup
  • lengkuas
  • cili padi (15)
  • serai (2 batang)
  • bawang putih (3)
  • bawang merah (5)
  • kulit limau purut
  • daun limau purut
  • asam keping (3) dan limau purut
  • garam ikut rasa
  • (bahan yg d blender) kunyit,lengkuas,cili padi,serai,kulit limau purut,b.merah,b.putih dan air sedikit

Cara-cara

  1. laksa di rebus sehingga lembut dan di toskan
  2. tumiskan bahan yang di blender dan ayam yg di potong kecil2 sehingga naik bau..masukkan santan,asam keping,daun limau purut dan garam secukup rasa..
  3. nak lagi sedap boleh tambah dengan ulam…seperti timun,kacang buncis




Resepi asam pedas

10 05 2012

Hai murid-murid cikgu sume…hari ini cikgu nak share resepi yang cikgu paling suka iaitu asam pedas ikan pari..yum..yum..belajar.nanti kita akan masak dalam kelas ok!!

Bahan-bahan (untuk satu family)

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.