Nasi Kerabu

13 05 2012

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)

Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh

Bahan-bahan (nasi)

Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)

4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)

Kelapa parut

Cara-cara

  1. Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
  2. Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
  3. Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
  4. Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
  5. Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.





Laksam

13 05 2012

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam

Bahan kuah:

Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam:

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

 

Bahan cili:

  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau




Penang Char Kuew Teow

11 05 2012


Bahan-bahan ( 2 org )

* PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* MEE *

300gm kuey teow

1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara memasak:
*Paste*
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

*Mee*
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.





Laksa Penang

11 05 2012

Uish nih memang kegemaran cikgu nih..meh kita belajar sesama buat resepi nih kay…

 

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus – dibelah dua
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 biji cili hijau – dihiris
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris
  • 5-6 biji cili padi – dihiris
  • 1/2 biji nanas – dihiris
  • 1 batang timun – dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi – dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad – dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam…Kemudian direbus sampai ‘al-dente’…Laksa ditoskan dan diketepikan…
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam…Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi…
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar…Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi…Tulang ikan turut dikisar…Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga…
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia…Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi…Kemudian, panaskan periuk…
  5. Masukkan cili giling dan belacan…Lalu masukkan air asam jawa…
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan…
  7. Kacau perlahan-lahan…Masak hingga mendidih…Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya…Bubuhkan garam secukup rasa…Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya😛




Nasi Padang

10 05 2012

Ini resepi yang jarang-jarang dijumpai iaitu nasi padang..ley cuba buat untuk merasai apa tuh nasi padang yer murid-murid..

 

Bahan-bahan:
300ml minyak sapi
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
5 helai daun salam
500gm daging lembu- dicincang halus
garam secukup rasa
1kg beras- dicuci,direndam dan toskan airnya
5 ulas buah pelaga
5 ulas bawang putih- di cincang halus
800ml air


Cara membuat:

  • Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang putih,daun salam dan buah pelaga.
  • Masukkan daging yang di cincang tadi dan serbuk kayu manis dan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan beras dan air, biarkan nasi masak dan sedia di hidangkan…




Laksa lemak

10 05 2012

 Ini adalah resepi kegemaran ayah cikgu..laksa lemak..senang jer nak buatnya..belajar yer murid-murid cikgu tersayang..

Bahan-bahan ( 4 org )

  • ayam ( stengah ekor)
  • santan ,laksa yg halus
  • kunyit hidup
  • lengkuas
  • cili padi (15)
  • serai (2 batang)
  • bawang putih (3)
  • bawang merah (5)
  • kulit limau purut
  • daun limau purut
  • asam keping (3) dan limau purut
  • garam ikut rasa
  • (bahan yg d blender) kunyit,lengkuas,cili padi,serai,kulit limau purut,b.merah,b.putih dan air sedikit

Cara-cara

  1. laksa di rebus sehingga lembut dan di toskan
  2. tumiskan bahan yang di blender dan ayam yg di potong kecil2 sehingga naik bau..masukkan santan,asam keping,daun limau purut dan garam secukup rasa..
  3. nak lagi sedap boleh tambah dengan ulam…seperti timun,kacang buncis




Resepi asam pedas

10 05 2012

Hai murid-murid cikgu sume…hari ini cikgu nak share resepi yang cikgu paling suka iaitu asam pedas ikan pari..yum..yum..belajar.nanti kita akan masak dalam kelas ok!!

Bahan-bahan (untuk satu family)

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.